Hotel Unik di Pahang

Setiap kali kita pergi bercuti dengan yang tersayang, pastinya kita ingin mencipta kenangan yang indah bersamanya, betul tak? ewaaahh~ jiwang lak aku..hehe..

Bercuti di dalam Hotel berbentuk Kolong Konkrit, pastinya akan menjadikan percutian korang terasa Cool. Oh ya, Nama hotel ini ialah TimeCapsule Hotel. Hotel ini terletak di Sungai Lembing | Kuantan | Pahang. :)

Jom Usha gambar Hotel dulu :





Hotel Kolong ini di lengkapi dengan katil bersaiz Queen, Lampu, Plug Sockets, Air Cond dan opkoz pemandangan yang indah
Oh romantiknya jika dating bersama suami di sini...(I believe I can Fly..love~love~~)

Selain lepak di dalam kolong, Time Capsule menyediakan pelbagai aktiviti antaranya :

1. Menunggang ATV
2. Air Terjun 
3. Jungle Trekking 
4. Mining Museum & Mining Tunnels (Pelombongan)
5. Crystal Clear River 
6. Hanging Bridge

See, banyak kan aktiviti yang korang boleh buat bila sampai kat sini. 



Tapi sekiranya korang taknak buat aktiviti tu semua dan nak spend time dengan makan makanan tempatan boleh la berjalan kaki ke pekan yang berdekatan, perjalanan tak jauh pun, 
kira-kira 2-5 minit je..

so, boleh la pegang tangan husband sambil jenjalan..fefeling macam saloma n P.Ramlee zaman dulu dala~ :)

Tips :
(Pastikan korang tahu rate semasa hotel ini dan book hotel dulu sebelum bercuti, takut putih mata)

Untuk Korang yg berminat nak g sini, boleh la contact :
013 - 963 8888 Miss Tan
Email: timecapsuleretreat@gmail.com

Comments

Blog Owner said…
Assalamualaikum Yan Saflina,

Salam ziarah & salam perkenalan..
Baca entry hotel unik tu, but so scarylah, tetiba ada org masuk.. huhuhu

Ohh saya ada tag Yan Saflina untuk segmen The Versatile Blogger Award. Jemput singgah dan tiada paksaan tau..

Saya pun dah link blog ni dalam blog saya as My Favourite Blogger..

Thank you..
sinuha said…
Nampak menarik,, cuma macam tak de privacy bila orang nampak bayang tu. Haha. Btw, toilet dy cmne? Dorm-style ke?
eyqa yushaiza said…
yus nama aja duduk kat pahang tapi tak tahu pun hotel yang ada dekat pahang ni.
Hafiz Hafizol said…
cantik hotel. unik.. haha..

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga

Lantai Bilik Air Bocor.