Menu Minum Petang - Cucur Kembung Manis


Gambar dari Sajian Dapur Bonda

************************************
Assalammualaikum...dah petang2 ni mesti bosankan kalau duduk tengok TV je 
tanpa mengunyah..hehe..

Jom buat Cucur Kembung Manis, Simple je cara  buat nya..tapi isi nya, masyaALLAH gebusss sangat..sampai laki aku cakap "eh ni donut ke?" aku pun jawab "ha..boleh jadi jugak..hehe"

Tapi yang peliknya resepi Cucur ni menggunakan Mayonis...pelikkan, sebab aku tak pernah lagi dengar buat cucur pakai Mayonis, ini first time, lain la korang pernah dengar..
.memang terbelakang la aku..hahaha..

************************************
Ok, tanpa membuang masa...ini resepi nya :

Sumber > Cucur Kembung dari blog Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya: 
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan.

Ni cucur  yang  aku buat..hehehe..

Comments

Mawar Rindu said…
iii sedapnya nmpakkk..hehe
follow sini :)
Vee Sandi said…
letak mayonis tu yg menarik ... boleh cuba nanti ...

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga

Lantai Bilik Air Bocor.