Resepi Apam Polkadot Tanpa Susu

Assalammualaikum. :)

Apam ni boleh la di makan bersama anak2, kurangkan gula ye..

Ni hasil Apam Polkadot yang dihasilkan oleh seorang ibu sambil anak2 nya menganggu ye & cuma menggunakan plastik biasa untuk piping..hihi..

Yang penting, suami and anak2 suka! yippi!!

Jangan pandang Apam Polkadot ku sebelah mata ye..sedap ni..:P

yg ceklat2 tu adalah coklat ye...meleleh2 keluar..
kalau korang tengok sis Norzie Hany buat, serius lawa..
 
Ok, jom kita tengok resepi apam tanpa susu ni..:)

Apam Polkadot
Sumber:Sarah Honey

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur ayam gred A(dari peti ais)
  • 1 1/2 cawan gula castor
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 tsp baking powder
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 tsp esen vanilla - aku x letak pasal esen vanilla dah habis..hahaha
  • Filling/inti secukupnya(perisa blueberry/strawberry/coklat) - aku pakai coklat masakan
  • Pewarna 
  • Paper cup - ni aku pakai bekas dadih kecik tu je..hehe
Cara-cara:-
  1. Panaskan pengukus dan masukkan beberapa helai daun pandan(untuk mewangikan apam) .
  2. Pukul telur hingga kembang dan gebu
  3. Masukkan gula dan ovalette dan pukul lagi lebih kurang 10 minit.
  4. Seterusnya masukkan tepung gandum yang telah di ayak dengan baking powder.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  6. Masukkan adunan yang telah siap di warnakan kedalam piping bag.
  7. Isi paper cup kedalam acuan lompang dan pipe adunan 1/2 paper cup,letak inti dan pipe lagi adunan hingga penuh.
  8. Dot2 adunan dengan warna pilihan.
  9. Kukus lebih kurang 7-10 minit dan guna api perlahan.

Comments

sinuha said…
hmm, nampak sedap :)

Popular posts from this blog

Lantai Bilik Air Bocor.

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga