Resepi Kek Pelangi - Masak Guna Periuk Nasi



Hasil kek yang dimasak menggunakan PERIUK NASI elektrik, ye elektrik.

Aku ambil alternatif untuk memasak guna PERIUK NASI ni pun sbb gas dapur habis! suami pulak keje...so, xkan aku nak order tong gas tu time aku ngan anak je kat rumah kan, bahaya wow..suami pun x kasi..hehe

Ok jom terjah Resepi Kek ni ::


Kek Pelangi Kukus

Sumber :  Azie Kitchen


Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor (guna 1/2 cawan aje tp tetap manis)
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya (ni aku x letak)
1½ cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sb serbuk koko (ni aku x letak)
1 sk esen vanila
2-3 sb susu segar (saya guna 1 sb)
Sedikit pewarna yang disukai

Cara cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.


Cara masak guna Periuk Nasi :
1. Sapukan Periuk dengan  Marjerin lepas tu lapik guna kertas kalis minyak. 
2. Tuang Kek, lepas tu masak kek macam masak nasi biasa.
3. Lepas beberapa minit, button kat periuk tu akan naik sendiri tanda dah masak tapi kek korang belum masak tau!. So, biarkan kejap dalam 5-6 minit, kemudian tekan balik button ke bawah, ulang sampai kek masak. Aku tekan sampai 4 kali je dah masak..hehe..
Selamat Mencuba! ^_^


Comments

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga