5 Sebab Sukar Hamil

Assalammualaikum. :)

"15% Pasangan di Malaysia Mengalami Masalah Sukar Hamil Dan Sukar Dapat Zuriat."

 Kita sebagai para isteri sedia maklum, soalan2 ini akan di terima sekiranya kita sudah berkahwin :


"Bila nak beranak?
Kau dengan laki kau memang planning taknak anak lagi ke?

Hmp...normal, ya itu normal, soalan itu biasa...tapi, bagi kita yang belum lagi mengandung mesti akan terasa hati dengan soalan tu, betul x? Nasib baik ada encik suami sebagai tempat untuk mengadu dan menumpang bahu & dada ketika menangis..hehehe

Tak dinafikan, soal anak adalah soalan yang kerap di ajukan. 
Dan juga tak dinafikan, segalanya terserah kepada ALLAH S.W.T, DIA yang menentukan segalanya baik dari ajal maut, jodoh, rezeki dan segalanya. 

Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha sehabis baik, berdoa dan tawakal kemudian. 

>>>>>>>>>>>
Ingin tahu Rahsia Mudah Hamil? Jengah di sini : http://bit.ly/mahuhamil
 <<<<<<<<<<<
5 Punca Sukar Mengandung / Hamil :
 Rujukan : Drhasbi

Pertama, ada masalah atau kerosakan pada tiub fallopia (fallopian tube) yang menghantar benih wanita (ovum) dari ovari (kilang benih) ke rahim (uterus) untuk disenyawakan oleh benih lelaki (sperma).
Kedua, masalah ketidak-stabilan hormon wanita yang mengawal proses ovulasi (pengeluaran benih ovum) dan perubahan dinding rahim/uterus untuk persediaan tempat benih ovum selepas persenyawaan. Jika ada masalah hormon, mungkin tiada ovum yang dikeluarkan atau rahim/uterus tidak boleh menerima benih yang tersenyawa tersebut.
Ketiga, masalah serviks (cervix) dimana sperma tidak dapat melaluinya kerana tersumbat akibat penghasilan lendir (mucus) yang tidak normal atau kerosakan akibat pembedahan lalu. Masalah ini boleh diatasi dengan 'intrauterine inseminations' iaitu benih yang disenyawakan dimasukkan kedalam rahim menggunakan alat.
Keempat, masalah pada rahim atau uterus. Penyakit seperti polip (polyps) dan fibroid.
Kelima, punca yang tidak dapat dikenalpasti walaupun setelah dilakukan semua ujian berlaku dalam lebih kurang 20% daripada kes.  


Adakah anda mengalami masalah ini? 
Jom jumpa doktor untuk mengenal pasti masalah sakit puan..:)

  Ingin tahu Rahsia Mudah Hamil? Cara Mudah Hamil?
Jengah di sini : http://bit.ly/mahuhamil

Comments

Najib Ariyan said…
saya faham kepayahan wanita yg sukar hamil sebab saya single dan selalu diajukan pertanyaan bila kahwin... yg saya heran, bukankah rezeki anak dan rumahtangga tu dari Allah... kenapa lah manusia sibuk nak tahu... macam lah kalau dapat anak tu diorang yg akan bagi duit nak bela...

terima kasih atas informasi ini... mudah2an bermanafaat

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga