[Tanaman] : Tips Simple & Mudah tanam Daun Bawang

Assalammualaikum..:)

Berjumpa lagi kita di Tahun baru, 2015. Alhamdullillah kita masih lagi bernyawa dan diberikan peluang untuk menjalani kehidupan seperti biasa dan harapnya luar biasa (lebih baik) lah..:)

Okeh...sempena dengan tahun baru, apakata kita berjimat cermat. Untuk suri rumah, mungkin tips ini sangat membantu anda..^_^

Yelah, kita sedia maklum, kalau beli Daun Bawang kat Mall, kita kena beli seikat yang mana kekadang kita tak habis pun guna seikat tu..so nak taknak, yg tak guna tu terpaksa la dibuang ke dalam tong sampah sebab dah layu..:(

So, disebabkan taknak membazir, jom kita tanam bawang untuk dapatkan daun bawang! Sangat mudah hokey~ sebab aku sendiri dah buat..hewhew~

Barangan yang diperlukan :
- Bawang Merah
- Tanah Bakar @ Tanah yg korang rasa bersesuaian [kat TESCO ade jual tanah bakar ni]
- Botol besar
- Gunting
- Penebuk Botol - yang ni aku guna pisau yg dipanaskan ke api

Cara-caranya ialah :
1.
 2.
 
3. Masukkan Tanah ke dalam botol, kemudian masukkan bawang ke bahagian lubang2 yg dah dipotong tadi, masuk lagi tanah, kemudian bawang, kemudian tanah sampai la habis ye...:P

Okeh..dah siap masukkan bawang dan tanah, siram sikit air (agak2 ye..jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat). Lepas tu, letakkan botol di tepi tingkap @ di bahagian yg tak direct matahari (ada bumbung).

InsyaALLAH korang akan dapat hasil macam ni : 

Ni pokok bawang ku..hahahaha

ehhh..macam yg bawah ni..



Daun bawang ni untuk buat apa?
Lazimnya boleh dicampur dalam sup, nasi goreng, mee goreng, mee sup, cekodok ikan bilis..aih..banyak la kegunaannya...:)

SELAMAT MENCUBA!

Comments

Cik Ash said…
wah terbaik tips ni.... pernah tanam dalam berkas tapi sekejap jer hidup.. maybe teknik tanam salah kut... huhuhuhu
Cetusan Minda said…
klu rajin memang boleh jadi ... mudah2an saya rajin nak membuatnya . lagipun senang jer kan .
ejulz said…
Terbaek.. :)


Jemput Join "Trip ke Sabah naik Myvi" kalau belum join.. tQ

Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga

Beli Oven di LAZADA