Jumpa PAKAR KEWANGAN?

Assalammualaikum..:)

Hmmm..busannya berpantang..:( itu ini semua tak boleh...huaaa!! 
Kekadang rasa diri dah sihat je, nak keluar g jalan sana sini, nak makan itu ini tapi sebenarnya tak sihat lagi pun, luar je nampak sihat, dalam nya tak..fuhhh...ingat senang ke beranak? hukhukhuk..

Ok,....beberapa minggu lepas suami aku g jumpa Pakar Kewangan yg kitorang kenal di FB, suka baca segala perkongsian nya di FB, ayat2 pulak tegas gila dan suka sangat sarcasm..kihkih..sapa tak tahan dengar dia membebel, rugi la..sebab setiap bebelan dia tu ada mesej & ilmu..



Siapa Pakar Kewangan tu?
Dia adalah Tuan Zaidi Ismail. << klik nama untuk singgah ke FB Profile

Sepatutnya aku kena join sekali g jumpa Tuan Zaidi Ismail,
 tapi di sebabkan masih dalam berpantang, so, aku batalkan niat tu 
walaupun suami frust menonggeng aku tak dapat ikut sama...wakakaka~~

Kenapa perlu jumpa Tn. Zaidi Ismail?
Sebab nak meningkatkan taraf ekonomi kami sekeluarga dan nak bebas dari masalah kewangan.
 Ye lah, tak kan la nak hidup macam ni je sampai bila2, semua orang nak kan kehidupan yang bebas dari masalah kewangan, nak nak lagi sekarang ni harga barang semua naik..hhmm.

Best tak jumpa Tn. Zaidi Ismail?
Dari apa yg suami aku cerita, Tn. Zaidi Ismail ni sangat sempoi orang nya, xmakan orang pun. Dan ilmu yang dia dapat tu kebanyakan nya sangat basic tetapi kita tak fikir pun..sama macam IMKK anjuran Richworks (Dr. Azizan Osman), ianya sangat basic tapi kita ambil endah tak endah..

InsyaALLAH bulan 5 nanti kena jumpa Tuan Zaidi Ismail lagi sekali sbb nak struktur kewangan kami sekeluarga yg selama ni tunggang langgang. Sebab ikut kira2, belanja kami melebihi gaji suami & part time income..hah, cano tu?

So, dari 5 bintang, suami aku bagi 5 bintang penuh untuk Tn.Zaidi Ismail...terbaik dan sangat tak rugi untuk korang berjumpa dan dapatkan ilmu dari dia.

Korang banyak sangat hutang ke sampai perlu jumpa Pakar Kewangan?
Ade, kitorang ade hutang, hutang time study dulu...hutang MARA. Kami suami isteri dua2 ambik MARA untuk study.
Hutang kereta & rumah pulak xde sebab kereta kami beli kereta second hand, rumah pulak kami sewa...insyaALLAH dalam plan tahun ni nak beli rumah. Doakan kami ya! :)


Untuk korang yg mengalami masalah kewangan, tersontot ke bagai..jumpa lah dengan
Tn. Zaidi Ismail, insyaALLAH dia boleh bantu korang. :)









Comments

Najib Ariyan said…
saya doakan akan ada perubahan positif nanti selepas bertemu pakar kewangan yer...
Yan Saflina said…
Aamin..insyaAllah
ojah said…
Brp ya fee dia?

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga