3 IDEA BISNES DARI RUMAH

Assalammualaikum, :)

Oleh kerana keadaan ekonomi sekarang yang semakin merudum nampak gayanya, 
aku dengan senang hati ingin berkongsi beberapa idea bisnes yg mungkin boleh 
menjadi side income bagi korang..



1. Masak dari rumah, packing pastu buat delivery.

Jalan Cerita :  Semah terer masak Chicken Chop, Semah ambik gambar Chicken Chop lawa2 letak contact number sekali bagitau yang Semah ambik tempahan untuk Chicken Chop delivery di kawasan berdekatan.

Pemasaran : Promo di FB Profile, instagram, group whatsapp, FB Group kawasan perumahan.

2. Buat servis buang sampah - Khas untuk mereka yang duduk Apartment/Flat

Masalah :  Untuk penduduk Apartment/Flat mereka perlu membuang sampah di tempat yang di sediakan yang mana memerlukan mereka turun naik tangga/lif untuk buang sampah, dan ianya leceh! Bukan macam rumah teres/banglo..g je depan rumah terus boleh buang. 

Pemasaran: Offer servis buang sampah, contoh nya aku pernah kongsikan di artikel ini : SIDE INCOME : Bagi anda yg duduk FLAT/APARTMENT  


3. Jual Baju yang dah tak muat
Jalan Cerita : Sejak berkahwin dan beranak, banyak baju Semah tak muat dan fit, apatah lagi sekarang Semah mula bertudung jadi baju-baju seksi dulu kala dah tak di gunakan lagi.

Pemasaran: Jual baju tersebut, sehelai RM2-RM100 (Ikut brand baju dan kekerapan memakai). Promo kat Instagram, blog, fb profile...arghhh, ada bajet apa salah nya beli bale bundle, :)

Okeh, kalau korang nak tahu lagi idea-idea bisnes lain (BERBAYAR cuma RM10 je, hehe) boleh terus whatsapp : 017-6119716

Comments

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga