REVIEW : Buku Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalammualaikum, :)

Apa khabar? 
Pernah tak dengar tentang buku Mudahnya Menjemput Rezeki karangan Ustaz Fathuri Salehuddin?


Sejak tahun 2014, aku menjadi pembaca setia kepada buku ini,walaupun berulang kali baca, 
aku tak bosan. Banyak ilmu & pengajarannya.

Aku ingat lagi sebelum menjelma nya Ramadhan 2014, keadaan kewangan aku dan suami sangat2 teruk, sehingga aku dilema, kenapa sales jatuh, kenapa dah buat soft-selling, hard selling pun xde yang nak membeli & menggunakan servis @ produk yang aku tawarkan. Aku buntu..

Suami masih dengan kerjanya, pergi kerja jam 10 pagi, balik 10 malam. 
Gaji? Cukup-cukup makan..saving? langsung xde.

Akhirnya aku mula mengoogle, "teknik tarik rezeki", "cara pikat hati customer" dan pelbagai lagi. Argghh..semua sama je! Aku buat ape pun tak jadi, sampai aku frust, dah la time tu aku pregnant, memang stress amat.

Kemudian, aku terjumpa buku ni di Facebook, ada hamba Allah share berkenaan buku ni, aku tertarik, sakan terus mengorder buku ni secara online dan tak sabar menunggu abang posmen menghantar ke  rumah.

FRUST!
Ya, aku frust pada awal aku membaca buku ni, sebab aku sangkakan didalamnya menunjukkan teknik-teknik cara buat duit mudah dan sebagainya. Malangnya bukan.

SubhanALLAH, MasyaALLAH, kerana buku ini lah aku mula bermuhasabah diri..mengenal sebab kenapa sales tak laku, kenapa servis xde orang nak guna. Kenapa susah sangat rezeki nak masuk walhal pelbagai teknik pakar copywriting, teknik fb ads, teknik google ads yang aku dah apply?

Aku berazam mengamalkan apa yang di ajar dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki, Ajaibnya, sebelum beberapa hari nak Ramadhan suami aku dapat Gaji Bonus & kami terus beli tiket flight untuk balik ke Sarawak dengan kadar yg sangat rendah, Alhamdulillah.

Sales? Servis? Aku tak jalankan kerana ketika di kampung halaman (Kuching, Sarawak) line internet agak slow, tapi alhamdulillah, selepas balik ke semenanjung, 
permintaan produk & servis tetap ada walaupun aku tak buat Promosi.

Di dalam buku ini menyatakan cara sebenar-benarnya untuk menjemput rezeki, apakah kunci rezeki?
 Cuba lah korang aplikasikan teknik yang di ajar dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki ni, insyaALLAH korang akan dapat rasakan perbezaannya.


Kat mana nak beli buku ni?
Korang boleh terus dapatkan di kedai-kedai buku Popular, MPH dan lain2.

Nak order online?
Boleh, terus Whatsapp "MMR" ke 017-6119716

 

Comments

Wah,,, terima kasih di atas review ya... sangat membantu .. barakallahu feequm .. :) http://www.dhiyaafraabella.com
mOoN IzzaN said…
Alhamdulillah.. buku ni mmg membantu ramai orang...
Eka Tikah said…
menarik buku ni. nak try cari kat MPH la. tq info kak ^^
nnti yui nk beli jugala..ada nmpk kat mph

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga