Bercuti di Kuantan & Pekan, Pahang. :)

Assalammualaikum...:)

Korang cuti sekolah yang lepas pergi holiday ke mana? 
Aku & family sekadar bercuti di Pahang itu pun sebab pak & mak mentua aku ajak join sekali, lagipun dah lama x menjenguk kampung halaman suami walaupun tak lah kampung sangat...
sebab duk tengah bandar..hahaha..

First day kitorang sampai di Pekan, Pahang, kitorang menginap di Hotel AnCasa Pekan. 
Actually first time aku tau ada hotel nama AnCasa..haha..
walhal hotel ni banyak branch di Negara kita. (̶◉͛‿◉̶)

Review Hotel AnCasa Pekan, Pahang.
Sewaktu menjejakkan kaki di muka pintu Hotel, kami di sambut oleh abang penyambut tetamu dengan senyuman yang sangat manis, chewaahh...terasa macam VIP pulak. (❛‿❛✿̶̥̥)

Bilik yang kami pilih untuk bermalam di sana ialah : Deluxe Premier Twin

 Agak2 kalau review ni boleh tak next time dapat free bilik untuk semalam?
 keh keh keh  

Bilik besar, Bathroom pun ye, kitorang 5 beranak masuk dalam bath tub semua, hameekkk..haha

Permata hati tengah relax..ye penat ye swimming..❤❤❤

Ni terbongkang tido, penat swimming,haha

Alhamdulillah sangat selesa dan servis terbaik, staff tak lokek senyuman, pendek kata berbaloi sangat ❤ . Kitorang bermalam selama 2 malam 3 hari kat sini, lepas tu terus ke Kuantan, Pahang untuk menghadiri Wedding & berjumpa dengan keluarga di sebelah sana. 

Wedding & Perjumpaan lepaking keluarga.
Wedding anak kawan baik Mama. 




Ni lah keluarga sebelah suami, tapi tak semua yang ada...masa ni kitorang lepak di Taman Teruntum

Walaupun kitorang jarang berjumpa, tapi terasa macam dekat je...terutamanya bagi aku lah, sebab aku orang baru dalam keluarga ni, walaupun tak la baru sangat..wakakaka...

Sempat menjengah ke Teluk Chempedak tapi tak turun ke pantai sebab crowded giler dengan jem nye lagi..terus dengan pantas mengadap ke Taman Gelora (kalau tak silap). Sempat singgah ke Pasar Malam, tapi aku tak turun kereta sebab Jasmin menyusu masa tu..hampa..:( hukhukhuk..
tapi mak mentua dah beli Kuih Muih, jadi tak lah hampa sangat..hewhew.. 

Sebelum melambaikan tangan untuk berlepas ke KL jam 2 pagi, kitorang sempat singgah beli keropok & bipang di kedai yang di sebelah Petronas, aku tak tau nama tempat tu..hehe

Korang jangan pulak pepandai nak ikut beli jam 2 pagi tu tau, sebab masa kitorang sampai ke kedai tu semua kedai dah tutup, tapi mungkin dah rezeki, tiba2 abang kedai sampai dan nak bukak kedai sebab nak balik tido, sebab tu dapat beli, kalau tak, takde la buah tangan dari Pahang..huhu...

Apa2 pun, selamat berjumpa kembali! 

Al-fatihah untuk arwah granny. ❤

#Hotel selesa, servis terbaik dan harga berpatutan di Pahang.
#Makanan sedap berhadapan dengan rumah Najib di sebelah trafik light dengan ngan simpang.

Comments

mun said…
besar gak biliknya tu..bape rege semalam kat situ?
Yan Saflina said…
RM216 semalam..:D

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga

Lantai Bilik Air Bocor.