Pengalaman Pertama Bawak Anak-Anak Shopping Sendirian

Assalammualaikum..:)

Hari ini, aku bosan gila dok rumah, kebetulan barang-barang dapur banyak dah habis, so aku decide nak keluar. Bagi orang mungkin senang je nak keluar, tapi bagi aku, sangat lah sukar.

Anak aku kecik-kecik, Sorang Umur 3 Tahun, Sorang 2 Tahun, Sorang 5 Bulan. 

So, korang agak2 macam mana nak keluar? Macam mana nak drive? Kalau dorang menangis macam mana nak handle?

HAHAHA, Jangan tanya aku macamana, sebab aku pun tak tahu, hahaha. Kalau dorang buat perangai aku dah set kat otak awal2 dah, kalau dorang buat perangai aku akan cuba tangani sehabis baik, chewahhh..

Lepas mintak izin ngan suami, aku pun keluar, suami aku dah risau gila sebab dia tengah kerja so tak leh la nak follow sekali. Siap dia cakap nak balik rumah sebab nak teman keluar tapi aku ugut dia, aku cakap : Kalau awak balik, saya tak jadi keluar, hahaha 

CARA AKU HANDLE ANAK :
Yang baby aku bawak menggunakan baby carrier, lagi 2 orang aku letak dalam troli.

Sangat mencabar, tapi aku sebab dah nekad, aku teruskan jua. huhu..

Alhamdulillah anak2 aku tak buat perangai, happy je masa jenjalan dan dengar cakap..pheww..
Part paling best bila bagi dorang main kereta, habis langgar rak kasut kat kedai kasut..hahaha.

Apapun ianya pengalaman berharga buat aku, susah oww nak handle anak kecik2 ni..


p/s : tak lama lagi dah syawal, aku mungkin jarang update blog sbb balik kg kat kuching. So, aku nak ucap awal2 Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, mohon maaf andai aku ada terkasar bahasa, terlebih mulut, ampunkan lah ye..kosong-kosong
kepada readers! muaxxx

Comments

Cikna said…
Btl tu nk jga anak kecik mmg rumit nak2 masa diaorg wat perangai kecik beso kecik beso je masa tu...

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga

Beli Oven di LAZADA