Jari terkepit pintu kereta & Majlis Sanding B.Ngah_Isteri

Assalammualaikum..:)

Eh, kau asal mana? Aku asal Sarawak. 
Asal kau tak macam orang Sarawak pun?
Abis tu, takkan aku nak bawak kek lapis atas kepala aku?
Ha..marah-marah..

Hahaha..kelakarkan video tu. Aku saja edit .:D

Berbalik kepada tajuk, jari aku terkepit pada pintu kereta ni pada tarikh 16.10.2015. Time tu aku outing ngan Family aku and member2 aku.

Nak di jadikan cerita, time jari aku terkepit tu, aku dah planning dah taknak bagitau suami aku sebab aku ingatkan sakitnya biasa2 je. Tapi few minutes lepas tu, jari aku mula berdenyut2 kuat,
" arrghhh tak tahan la..nak bagitau ke tak kat suami ni" , bisik aku di dalam hati..haha

Sakit gila! Nak tak nak, Hilanglah kemaskulinan aku, terus aku mengadu kat suami. Kawan2 aku suggest g klinik terus, kebetulan klinik dekat sangat tempat yang kitorang nak lepak masa tu, so, aku pun setuju lah.

Kau rasa kau nak tangguh ke tak g klinik kalau kau tengok tangan kau cenggini  ☟☟☟



Mesti tak kan, walaupun kau takut gila nak jumpa doktor sebab seriau dengan jarum..hahaha


Apa yang doktor tu buat bila tengok tangan aku?


  • Doktor tu suruh nurse inject di bahu aku, tapi aku tak tahu nama ubat yang diinject tu apa.
  • Doktor bagi cream sapu, ubat tahan sakit & antibiotik. 

So, hari ni pada tanggal 31.10.2015, kuku pada jari aku dah jadi hitam, untuk cover dan mengikut petua orang tua2, aku pakaikan inai dijari aku, yang mana inai tu aku dapat masa wedding sepupu blah suami aku..hehe..Tahniah bang ngah dan kak fiqah. :D



Credit photo : Dila..:*
 
So, inilah rupa dan wajah jari aku yang latest.
hehehe..suka spec baru suami..:D
Motif? Hahaha..malas nak zoom gambar. Nampak tak jari manis tu..kaler hitam? Itu lah jari yang tersepit..:(

Oh ya, tips untuk korang yang tersepit pintu, tersepit penyepit, terketuk tukul. Sila la rawat dengan jumpa doktor ye, bukan nya sapu colgate, sebab doktor x bagi, aku pun tak tahu kenapa. Dia bagitau jangan letak colgate je.

Pakai la inai kalau terkena dijari >>> petua orang lama.

Orang tua2 pesan kat aku, nanti lama-lama kuku tu akan tanggal. Terpulang lah sama ada nak cabut di klinik atau tunggu dia tercabut sendiri..hmmmm...hmmmmm...

Ok, see ya. Kalau rajin, nanti aku bw kat blog korang, thank readerS! :P

Comments

Mimi Kyumi said…
Takut pn ada..Hehe..Semoga kuku akk kembali ke asl :-)
Amanda Suria said…
adoiii....rosak dah kuku tuh..buang la..tp kena buat kat klinik..SA pernah kena dulu...la ni dah ok dah kuku SA

Popular posts from this blog

Lantai Bilik Air Bocor.

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga