Resepi Ikan Bakar

Assalammualaikum..:)

Saja aku post entry ni supaya tak lupa ingatan.

Awal-awal lagi suami aku dah pesan suruh aku mark resepi ni sebab dia nak aku masak lagi ikan bakar guna resepi ni, [eleh..kitew masak sedap lettewww..].

Sebelum ni aku pernah buat nasi lemak dengan sambal yang super sedap hasil carian resepi di google, tapi resepi tu aku dah hilang..hehe, sebab tu la, bila ada je makanan yang aku masak sedap gila [ehem!], suami aku suruh save resepi..:)

Ok..di bawah adalah resepi ikan bakar yang aku guna cuma aku ada lah tambah sikit bahannya..hehe

Sumber : Google


Resepi Ikan Bakar :
Sumber Resepi : Airtangan Cik Siti

Untuk 3 ekor ikan kembung.

Bahan2 kisar/tumbuk:
10 biji cili kering (atau ikut citarasa)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit hidup [aku guna serbuk kunyit je..hehe]
++Aku tambah belacan bakar besar jari kelingking..
Garam & sedikit gula (optional)
Air asam jawa
1/2 sehelai daun kunyit - diracik halus [Aku tak letak sebab takde stok]
Minyak untuk menumis


Cara2:
1. Tumiskan bahan2 kisar sehingga masak dan secukup rasa. Last sekali masukkan daun kunyit yang diracik tadi.
2. Susunkan ikan di atas aluminium foil yang dilapis dengan daun kunyit atau daun pisang.
3. Letakkan sambal di kedua2 belah ikan dan bungkus.
4. Bakar dalam oven dgn suhu 150C selama 20 - 30 minit. Siap!

Note: Sambal tu agak2 la.. lagi banyak lagi best..


Untuk pencicah ikan aku buat resepi sendiri : Kicap + Sos + Perahan Limau Kasturi + Cili = Sedap! HEHE

#ikan bakar guna oven
#Ikan masak mudah

Comments

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga

Lantai Bilik Air Bocor.