KAU NAK DUIT, KAU MINTA PADA SIAPA?

Saya pernah dulu, masa nak balik kampung untuk balik raya.
Duit tak cukup untuk beli tiket flight.

Masa tu kami 4 beranak. Total pergi balik tiket flight balik raya almost RM1000. (KL-Kuching).

Saya siap Google lagi "Cara buat duit"
Masa tu saya cuma jumpa buku "Mudahnya Menjemput Rezeki".



Bayangkan, harga buku RM18 sahaja. Tapi saya tak mampu nak beli.
Apatah lagi nak cekau RM1000.

Saya cuba usahakan untuk kumpul...lupa macam mana tapi saya dapat kumpul duit sampai RM30.
Jadi lepas lah buat beli buku MMR. Alhamdulillah.

Masa tu tengah excited tunggu buku, yela...nak buat duit..hehe..

Mind masa tu ingat buku tu ajar cara buat duit dengan cepat. Ala..cara manusia to manusia gitu la...😅

Masa buku sampai, hambekkk...
Sentap terus ke hati..

Terus saya solat + solat dhuha.
Fokus mintak kat Allah untuk beli tiket flight.

Nah...kemudian, tiba2, suami dapat bonus dari bos dia.
Masa tu pulak, check harga tiket flight potongan hampir 50%!

Memang menangis sujud terus. Allahuakbar.

Dari situ, saya mula kenal diri, kenal salah silap saya...dari tak solat kembali solat. Allahu..😌

Kau nak duit? Kau nak kaya?
Mintak pada ALLAH YANG MAHA KAYA.

Kisah benar dari saya..😅
Moga dijadikan iktibar.

Comments

jejaka pilihan said…
asslam admin minta pm saya di jafri.basar@gmail.com
siti hazreen said…
allahu akbar! terkesan pada saya

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga