MALU KALAU TIDAK LAKU

MALU KALAU TIDAK LAKU
===========
Dulu, masa sekolah rendah, mak dan bapak selalu mintak tolong jualkan buah di sekitar kampung.
Tapi, kerap kali juga aku menolak, sebab aku malu kalau jualan tak laku, malu kurang pandai kira-kira..hehe

Akhirnya, aku passkan job jual-jual kepada adik-adikku..😅

Tapi, sedari sekolah menengah, aku mula mendapat biasiswa. Habis duit biasiswa aku belanjakan..haha..😂

Dari situ, aku mula berfikir bagaimana nak tambah duit..

Kemudian, aku dan kawan-kawan mula merancang untuk menjual makanan ringan di asrama. Semua wajib keluarkan modal, dan yang tukang beli barang untuk jual adalah aku..

Aku suka tugas ini sebab aku nampak kaya bila shopping barang banyak-banyak, padahal itu sebenarnya duit kongsi.

Bila tiba sesi jual-menjual, aku tidak turut serta. Aku minta cousin a.k.a kawan rapatku untuk menjual.

Yelah, aku masih dengan sikap "malu kalau orang tak beli"

Tapi sekarang, aku taknak ambik kisah "malu kalau orang tak beli".

Aku cuma malu kalau aku tidak berusaha untuk mendapatkan apa yang aku nak.
Orang yang gelakkan kita berbisnes bukannya orang yang bagi kita makanan, Jadi, buat apa kita nak kisahkan mereka? SETUJU?

Just, maju..maju..majulah ke hadapan!
😊😊

Comments

Popular posts from this blog

Lantai Bilik Air Bocor.

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga