Berjaya Hills @ Bukit Tinggi Pahang, Review

Assalammualaikum..

Haillahhh...sunyi sepi je blog lama tak berupdate. :) 
So, harini tiba-tiba ter'rajin' nak buat review di Berjaya Hills Pahang @ lebih dikenali sebagai Bukit Tinggi.

11 September 2016

2.30 petang
Kami gerak dari rumah lebih kurang jam 2 petang. Lepas tu singgah ke Setapak Central nak makan makanan Sarawak di Sarawak Bowl. Makanan kat sana sedap,harga...sedikit mahal tapi worth it lah. Total kitorang makan RM67 lebih kurang kalau tak silap.

3.30 petang.
Siap makan semua, aku kira nak cancel naik Bukit Tinggi. Sebab pukul 3 dah, kang naik,hari dah gelap. Tapi sebab Suami aku banyak kali cakap, "kita naik lah, alang-alang dah ni". So, aku pun iya kan aja..huhu

4.30 petang
Sampai ke Berjaya Hills, nak masuk kena bayar RM13/kepala. Kitorang ada 4 dewasa, so total : RM52.
Sebelum naik atas, kitorang dah standby makanan awal, beli kat Genting Sempah, sebab tengok review bloggers lain cakap harga air mineral botol kecil RM4. Mahal woih..haha.



Parking free, so, lega..haha! Masa kitorang nak jalan-jalan, tengah syok ambik gambar, tiba-tiba hujan. adeh! spoil mood aku. Hati ni asyik mengomel, mengeluh je. Memang tak reti nak bersyukur, adoi. Tapi tak lama, lepas tu, hujan berhenti. Cuaca elok je redup, Alhamdulillah. :)

Disebabkan ni first time kami naik Berjaya Hills, so, kami pun singgah ke Information Centre, kebetulan masa tu hujan lagi. So, berhenti la kat situ kejap. Borak-borak dengan akak dan abang kaunter, diorang cakap la kalau nak hotel murah, pergi kat Golf Club. Tapi masa tu, aku dah planning dah nak pergi ke Chalet Dusun Nora. Sebab ada blogger cakap kat sana cantik view, harga pun affordable.


Information Centre, tempat selipar Jasmin hilang. adui
Next, akak abang tu ajak kami bagi makan Swan kat tasik. Orang luar tak boleh bagi swan makan tau. Ni kira nya rezeki kami la..hehe. Thanks to akak and abang yang baik hati, siap bagi pinjam payung lagi. Moga sukses dunia akhirat. :)





6.30 petang
Dah habis pusing kat Colmar, Nak pergi Japanese Village, Mini Zoo tapi sebab dah lewat sangat. Jadi plan cancel. Terus kami pergi ke Golf Club Hotel, sang suami nak tanya jugak harga dan tengok rupa hotel tu. Bila tanya, Golfer Chalet = RM190 termasuk 2 orang breakfast. View padang Golf.

Kemudian, kami ke Chalet Dusun Nora, nak masuk ke sana sampai kami terlepas simpang. Nasib baik waze tu tepat jitu, sampai jugak la kami. Sebab signboard punya la kecik, adui. Perjalanan masuk ke Chalet ni serious agak mencabar, jalan berliku-liku berbatu-batu. Tapi serious berbaloi, Chalet cantik, view lawa. Best! Harga RM160 = 2 katil queen, tandas kat luar.

Makan malam : Kami request
------
Nasi Goreng Kampung : 6 pinggan
Ayam Goreng = 1 Pinggan penuh, banyak.
Sambal Goren Petai = 1 Piring tapi penuh.
Telur Mata = 5
Air Teh = 2 Jug
Milo Ais + Teh O ais tapau

Breakfast
----
Bihun Goreng
Cekodok Bawang
Air Kopi 1 Jug
Air Teh 1 Jug

Total Makan Malam + Breakfast = RM70.






Malam sejuk gila, walaupun takde aircond. Anak-anak semua berebut dengan selimut, hahaha!
Bangun pagi pun sejuk, udara fresh. Tengok pokok-pokok buah kat Dusun Nora rasa nak makan je, tapi tu la..buah tak masak lagi! Haha. Abang dengan kakak yang jaga Dusun Nora pun friendly. Siap cakap lagi, kalau nak check out lambat sikit pun takpa..hehe

Oh ya, kalau korang nak ke Dusun Nora, boleh contact number ni :  +60 16-407 4657


So, Dusun Nora. InsyaALLAH soon akan ke sana lagi. Rindu!
 

Comments

Amanda Suria said…
Sesekali bercuti mmg best kan..akak dh pernah pergi Bukit tinggi..

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga

Beli Oven di LAZADA