Bukit Broga bersama Anak-Anak

Assalammualaikum, :)

Naik Bukit Broga dengan anak-anak kecil? Boleh ke naik? Tak bahaya ke? Jom baca dulu..^_^

Aku sebenarnya takut nak naik Bukit Broga ni pada awalnya. Yelah, anak aku tiga orang weh, yang paling kecik umur baru setahun lebih. Ayoyo..risau. Tapi suami aku kata, "Ok je lah sayang, insyaALLAH takde apa-apa masalah". Arghhh ayat penenang suami ku hanya mampu menenangkan aku seketika sahaja. Tetap hati ku gundah..haha..

Aku google, review blogger bawak anak pun ada, so, aku lega. Tapi masih tak semudah kau sangka aku nak betul-betul lega! haha.

Jam 5.15 pagi lebih kurang, kitorang gerak dari Cheras menghala ke Bukit Broga, Semenyih. Sampai-sampai je terus masuk waktu Subuh, Subuh dalam kereta je masa tu. Solat duduk, sebab kat luar basah. Tapi ade je aku tengok orang lain solat kat tanah tapi berlapik lah..haha.

Lepas ready semua, kitorang pun naik Bukit Broga. Masa ni Parking Kereta tak bayar lagi pasal takde guard, dah nak balik baru kitorang bayar. Korang terus je naik bukit tu, memang macam ada penghalang kereta masuk, tapi korang masuk je. nanti akan ada petunjuk mana nak naik. Kalau tak tahu, tunggu orang lain, haha.

 Suami aku pakai Carrier bawak Jasmin (Baby, 1 Tahun 8 Bulan). Farah dan Iman jalan sendiri.
 Suasana pagi memang gelap ,jangan lupa bawak torchlight, air kosong, jajan dan kain lap peluh! haha

Parking, takde entrance fee : RM3


Masa tengah gagah mendaki ni, Iman boleh pulak tanya, "Kenapa macam ada bunyi orang" Aih, memang la ada nak oi...ada orang lain daki bukit ni bukan kita ja...haha!

Letih jugak lah nak menapak naik ke Puncak, tapi Alhamdulillah kitorang berjaya naik. Perjalanan ok, sebab hampir setiap jalan ada pemegang @ tali untuk bantu kita naik. Jalan pun macam dah ada tangga kecil yang aku rasa terhasil sebab pendaki kerap pijak.

Sampai puncak tu, rasa macam. Ya ALLAH, Terima kasih bagi peluang aku naik ke puncak ni.semua perasaan penat lelah tu terus hilang. Lega sangat sangat! Hahaha..Ko paham? haha

Bukit Broga from Yan Saflina on Vimeo.

Nak tengok perjalanan kitorang sekeluarga di Broga? Tengok Video. :)


1.  Muka suami gigih bawak Jasmin guna Carrier, sampai bertanah-tanah ha muka. Jasmin sepanjang jalan tido.
2. Iman tak habis-habis dengan posing gitu. =,=
3. Nampak tak kabus belakang tu? Masa tu sejuk gila. Rasa menyesal tak bawak selimut..tido situ, haha


So, kepada ibubapa diluar sana, takde masalah untuk bawak anak-anak ke Bukit Broga. Yang penting kita sendiri sentiasa tengok anak-anak,berhati-hati. InsyaALLAH takde apa2. :)

psst...parking jangan lupa bayar tau...hehe

Comments

Nabila Syifa said…
wah..bawa anak daki bukit

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga

Beli Oven di LAZADA