Posts

Showing posts from September, 2016

Berjaya Hills @ Bukit Tinggi Pahang, Review

Image
Assalammualaikum..
Haillahhh...sunyi sepi je blog lama tak berupdate. :)  So, harini tiba-tiba ter'rajin' nak buat review di Berjaya Hills Pahang @ lebih dikenali sebagai Bukit Tinggi.
11 September 2016

2.30 petang
Kami gerak dari rumah lebih kurang jam 2 petang. Lepas tu singgah ke Setapak Central nak makan makanan Sarawak di Sarawak Bowl. Makanan kat sana sedap,harga...sedikit mahal tapi worth it lah. Total kitorang makan RM67 lebih kurang kalau tak silap.

3.30 petang.
Siap makan semua, aku kira nak cancel naik Bukit Tinggi. Sebab pukul 3 dah, kang naik,hari dah gelap. Tapi sebab Suami aku banyak kali cakap, "kita naik lah, alang-alang dah ni". So, aku pun iya kan aja..huhu

4.30 petang
Sampai ke Berjaya Hills, nak masuk kena bayar RM13/kepala. Kitorang ada 4 dewasa, so total : RM52.
Sebelum naik atas, kitorang dah standby makanan awal, beli kat Genting Sempah, sebab tengok review bloggers lain cakap harga air mineral botol kecil RM4. Mahal woih..haha.



Parking free, so, lega.…