Review : Trip ke Pulau Pangkor

Assalammualaikum..:)

Actually, trip ke Pulau Pangkor ni tahun lepas punya cerita. Hahaha!
Aku baru terasa nak update. tetiba harini bosan, so update la blog yg bersawang ni. hehe

Trip ke Pulau Pangkor ni bukan percutian yang di rancang, sebab masa tu kami ada site visit kat Kilang di Perak so plan bermalam sehari kat mana-mana hotel di Perak. Tapi last minute plan, dah alang-alang tu terlangkah panjang la kaki ke Pulau Pangkor. haha..husband aku la, dia suka buat unexpected plan ni. Dah la baju mandi apa tak ready, memang pergi dengan lenggang la..huhu

So, kami masuk dan parking yang di sediakan di Marina Island, rate harga parking, kitorang ambik yg covered parking sebab rasa macam lebih terjaga..lagipun murah sebab kami pergi weekday... hehe :
  • Hourly Rate (normal day) (non-covered) :RM0.70/hour
  • Fixed Daily Rate (covered parking) :RM 15 – RM20/entry/(calender day)
  • Fixed Daily Rate (peak) :RM 20 – RM30/entry/(calendar day)
Dah siap parking, pergi ke Kaunter Ticketing untuk naik feri ke Pulau Pangkor.

Dalam Feri, gambar ni nampak macam aku cekik anak pulak. haha!
Sampai je kat Pulau Pangkor tu terus cari tempat untuk bermalam, sebelum tu aku google dulu kat mana kebanyakan orang recommend untuk bermalam, so hasilnya ramai recommend Teluk Nipah sebab kat sana homestay/resort yang berdepan dengan pantai.

Kami sewa kereta Kancil dengan rate RM60/sehari. Owner kancil tu pesan, nak pulangkan kereta nanti parking je kat depan Pangkor Jetty, kunci kereta biar je sebab takde orang nak curi pun katanya, haha!

Ni nombor telefon Owner Kancil :
Ah-Hock : 016-5169026 / 011- 10869026

Kami ambik Rumah Rehat Horizon sebab dekat sangat dengan pelbagai kemudahan. Keluar je terus jumpa kedai makan, bawah ada kedai runcit depan pulak ada Pantai. Strategik bagi orang yg malas nak menapak macam aku. hehe. Rate RM80/semalam (Weekday Rate).

Rumah Rehat Horizon ni aku boleh bagi rating star 4/5 sebab aircond tak sejuk. Lepastu perabot lama. Tapi selesa lah..bilik air ok.

View dari tingkat resort ke pantai.
Lepas je siap letak barang, kitorang terus ke pantai. Husband aku ngan Iman main jetski, senang detect husband aku yang mana sebab kilatan kepala botak dia! haha

Lepas diorang habis main Jetski tu terus kitorang ambik trip naik bot untuk ke Giam Island, Coral. Ada pakej dia, aku tak ingat berapa. Nampak la batu macam2 bentuk kat sana, batu buaya, batu ikan paus dsb. Tapi masa kitorang nak Snorkel, abang yang guide tu cakap air keruh sebab gelombang ke apa tak silap, jadi tak nampak la Ikan ke Rumpai Laut..sedih..dah la aku tak ambik gambar. huhu



So, dah penat main dengan pantai. Kitorang basuh badan buang pasir kat depan resort. Depan resort tu ada sediakan tempat untuk bilas. So senang la kan..tak perlu menapak jauh nak cari toilet. :)

Siap je bilas terus naik ke bilik untuk mandi, bersiap pastu cari port makan. Kena makan awal sebab anak-anak dah start ngantuk sebab penat bermain.


Kedai makan ni berdepan je dengan Rumah Rehat Horizon, rate harga pun ok. Aku ingatkan mahal giler, ye la sebab sini kan tempat pelancongan. Harga mampu bayar, makanan pun sedap. Yummy! Servis laju.

Lepas je habis makan, kitorang ronda Pulau dengan map yang diberi, (anak-anak tidur dah masa ni) so dapat la tengok Sekolah, perumahan perkampungan kat sana. Best je bila tengok suasana kampung kat sana...rasa macam nak beli rumah sebijik kat sana, haha! :


Bangun pagi, shopping jap untuk breakfast lepas tu kitorang naik ATV, ATV ni dekat sangat dengan Rumah Rehat Horizon. Kitorang jalan kaki je pergi sana. Untuk aku yang first time nak naik memang ada nervous sikit, lagi bila memikirkan jalan-jalan (offroad) yang bakal dilalui. Alhamdulillah, aku berjaya! haha. So, untuk newbie macam aku, takde masalahlah...korang boleh je try ATV ni. :)

Aku siap bawak anak lagi tau kat ATV ni, hehe. Anak 3 orang, aku bawak sorang, husband bawak lagi sorang and abang yang ATV tu bawak anak aku lagi sorang. complete! kah!
  • ATV Manual One Rider - RM80
  • ATV Auto One Rider - RM100
  • ATV Auto 2 Persons - RM150/RM180


Terpaksa pakai baju yang sama sebab takde baju spare.haha. Ini bahana percutian tak di rancang. huhu


Habis je naik ATV, main pantai kejap. Tapi tak lama sebab dah tengahari, panas. So, terus ke Rumah Rehat, mandi packing dan bersiap ke Jetty. Sementara tengah tunggu Feri sampai, kitorang lunch dulu di Pangkor Kopitiam.

Yeay! tamatnya percutian setahun yang lepas! haha!


Comments

Popular posts from this blog

Lantai Bilik Air Bocor.

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga