Review : Kampung Jaya Bakti, Bercuti di Kuching

Assalammualaikum, so harini nak review Kampung Jaya Bakti. Apa yang menarik ialah di sekitar perkampungan ini terdapat banyak tempat pelancongan yang boleh anda pergi untuk menghabis cuti di hujung minggu. So, jom cekidout! :)

Kampung Jaya Bakti ini terletak di Kuching, Sarawak. Berhampiran dengan Feri Rambungan yang menghubungkan laluan Kuching dan Lundu.

Mula di kenali ramai apabila wujudnya Jantayu Strawberry Farm. Ya! Ada Strawberry Farm di Kuching! Dah macam di Cameron Highland je. huhu

1.Jantayu Strawberry Farm.
- Boleh tengok pokok-pokok strawberry.
- Pelbagai menu makanan dan minuman berasaskan Strawberry.
- Tapai Nasi Sarawak pun ada di sana. Sedap! Pengemar tapai pasti suka.

Entrance Fee :
Adult = RM4
School Student = RM2
Children (1-6years) = FREE

Dengan entrance fee ini, anda dapat rebat half dari harga tiket untuk pembelian makanan/minuman. Jimat kan? :)

Sumber gambar : FB : Jantayu Strawberry Farm



2. Memancing dan Menyewa Bot/Kapal Laut
Ha, lepas je melawat ke Jantayu Strawberry Farm, jangan lupa jalan-jalan di Kampung Jaya Bakti. Di penghujung kampung ini terletaknya sebuah Jeti yang digunakan oleh Nelayan.

Di sini anda boleh menyewa bot/kapal dengan :
1. Encik Mahid.
2. Encik Ibrahim.
3. Encik Jamil.

Driver Kapal juga turut sedia berkhidmat. hehe. Menariknya, Kapal yang disediakan oleh Encik Mahid ini turut mempunyai Aircond, Ruang memasak, Ruang tidur, Tandas! Fuh, macam hotel!

Anda boleh pergi ke Pulau Sampadi @ Pulau Satang (Boleh Snorkelling, Berkayak) melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Encik Mahid.

No.telefon Encik Mahid : 0138940041
No.telefon Encik Jamil : 013-5772282

Sumber gambar : Fb my FIL : Badrulzaman Hanif
Kapal Jaya Bakti
Pelbagai Jenis Sampan/bot

Memancing Ikan.

3. Madu Kelulut
 Ha, mencari madu kelulut asli? Di Kampung Jaya Bakti, terdapat beberapa pengusaha madu kelulut antara nya ialah Encik Bahrol Taib, Encik Bolhi Lamit dan Puan Salina Hj Junaidi. Anda boleh bertanya kepada penduduk Kampung di sana yang terkenal dengan keramahan dan sikap mesra mereka.

Encik Bahrol (Ayahku) merupakan salah seorang pengusaha madu kelulut di Kampung Jaya Bakti. Anda boleh menghubungi Encik Bahrol : 014-8921872 @ Isterinya Puan Salmah (Bondaku) : 014-8921873.





4. D'Laila Cafe & JM Morning Cafe
Mesti lapar nasi kan bila dah penat berjalan? Di Kampung Jaya Bakti juga ada Cafe tau. Makanan dan minuman dijamin sedap. Yummy!!

Sumber Gambar Fb : Samsiah Jie



5. Pau Cheese Super Yummy & Pembuat Roti Lembut
Bagi pengemar Pau, di Kampung Jaya Bakti juga turut mempunyai pengusaha Pau yang super lembut. Pelbagai jenis inti antara yang popular ialah Cheese, Kari Ayam dan Coklat.

Tapi, di ingatkan supaya anda membuat tempahan terlebih dahulu kerana jualan Pau ini di buat secara harian dan laku keras! Jadi risau anda tak berkesempatan untuk merasa. hehe. Selain dari Pau, Encik Herome serta Isteri Puan Mardiana turut mengambil tempahan membuat Roti dan ada pengalaman supply ke Felda, Sekolah dll. Tak rugi! :)

Hubungi Puan Mardiana untuk tempahan atau B2B : 016-3892776

Sumber Gambar Fb : Usezarymardiana Herome
Maaf, gambar kurang jelas. Tapi Pau Cheese ni super yumeeehhhh!



6. Lemang Entuyut/Periuk Kera
Entuyut atau jugak dikenali sebagai Periuk Kera. Menjadi santapan ketika beriadah. Tetapi di ingatkan adalah amat penting untuk anda membuat tempahan dulu kerana kebiasaannya, Lemang Entuyut ini hanya dihasilkan apabila ada permintaan sahaja.

Lemang Entuyut ini usahakan oleh penduduk Kampung Jaya Bakti iaitu Encik Khalid.
Hubungi : Encik Khalid di 0148830158 atau courier shafri 0115 1707093

Sumber gambar Fb : Watiey Khalid



7. Kordial, Sos, Sos Rojak Bumiputera
Mencari ole-ole? Anda boleh dapatkan Kordial, Sos, Sos Rojak. Ya! Sama jugak di Kampung Jaya Bakti. Menariknya kesemua produk ini di hasilkan oleh kerjasama sebuah keluarga. Tak rugi untuk anda cuba kerana rasanya berbeza dengan produk yang lain. Belian pukal boleh dibincangkan terus dengan pemilik nombor di bawah.




8.Pintu Gerbang Kampung Jaya Bakti
Bergambar di Arca Terbesar di Kuching. Arca ini dibina dengan binaan batuan marmar dan dirasmikan oleh Perdana Menteri kita yang ke-7 ketika  beliau menjadi Perdana Menteri ke-4. Menariknya binaan arca ini sedikit sama dengan binaan Arc De Triomphe De L'étoile yang terletak di Paris. Bergambar dengan binaan bersejarah, bukankah ianya boleh dijadikan kenangan? :)

Pintu Gerbang Kampung Jaya Bakti
Arc De Triomphe De L'étoile

9.Kubah National Park  & Matang Wildlife Centre

Terletak berdekatan dengan Kampung Jaya Bakti. Di sini, anda boleh berkelah, bermandi manda serta melihat pelbagai jenis binatang seperti Orangutan, Burung Kenyalang, Malaysian Sun Bear, Rusa dan pelbagai jenis binatang lain.

Entrance Fee for Malaysian
  • Adult RM 10.00
  • Senior Citizen RM 5.00
  • Disabled Person RM 5.00
  • Children (6-18 years old) RM 3.00
  • Children (below 6 years old) Free Entrance
Opening Hours: Daily 8.00am to 5.00pm including Public Holidays

Jangan lupa bawak baju lebih tau! Sebab kat sana pun boleh mandi jugak! :)

Sumber gambar dari : Malaysia Travel Guides


Sumber gambar dari : Malaysia Travel Guides

10. Kampung Telaga Air
Perjalanan hanya mengambil masa 15minit sahaja dari Kampung Jaya Bakti ke Kampung Telaga Air.
Di sini, anda boleh menghayati lautan dengan pemandangan Gunung Santubong. Sambil menemani anak-anak bermain di Playground yang di sediakan. Pelbagai jenis kedai makanan dan minuman di sediakan di sini. Menariknya, jika anda datang pada awal pagi, anda boleh membeli hasil laut yang fresh dari Nelayan kampung ini. wow!

Sumber gambar : Kampung Telaga Air
Esplanade Telaga Air.
Taman Permainan.

11. Pantai Trombol, Kampung Trombol.
Jangan lupa pergi ke Pantai Trombol jika anda memasuki Kampung Telaga Air. Agak sukar sedikit untuk pergi ke pantai ini bagi anda yang pertama kali ke sana. Jadi, banyakkan bertanya pada penduduk di sekeliling. :)



SELAMAT BERCUTI!  ^_^

Comments

Danial Azarul said…
👍🏿👍🏿👍🏿

Popular posts from this blog

Lantai Bilik Air Bocor.

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga