Posts

Jangan buang barangan Elektrik yang Rosak?Kenapa?

Image
Assalammualaikum? :)
Korang ada tak barangan elektrik yang rosak? Nak baiki tapi kos macam lebih kurang harga beli baru, Nak buang tapi rasa macam membazir la pulak kan..emm, pernah tak alami masalah ni? 
Kalau Ya, Nah, ni jalan penyelesaian untuk korang.
Korang boleh jualkan barangan elektrik korang yang tu kepada Syarikat T-Pot Group, aku jumpa website dorang tadi, bila godek2 tu, aku terjumpa tagline dorang  "Turn Your E-WASTE into CASH, Think recycle, think T-POT "  dan aku was like, eh cash eh duit..hahaha!
Barangan apa yang T-POT nak recycle dan beli?
Dorang ni beli barangan yang macam dalam gambar ni, tapi taklah barang-barang tu je, ada jugak barangan lain yang dorang akan beli, so, kalau nak make sure, kena la call dorang dulu eh. :)


Electronic Industrial scrap :
•  Scrap Semiconductors
•  Scrap Printed Circuit Boards
•  Other Electronic and Electrical Scrap Components / Parts

Eh, aku ada blender rosak, ada laptop rosak, ada printer rosak..em..extension cord pun ro…

Resepi Ikan Bakar

Image
Assalammualaikum..:)

Saja aku post entry ni supaya tak lupa ingatan.

Awal-awal lagi suami aku dah pesan suruh aku mark resepi ni sebab dia nak aku masak lagi ikan bakar guna resepi ni, [eleh..kitew masak sedap lettewww..].

Sebelum ni aku pernah buat nasi lemak dengan sambal yang super sedap hasil carian resepi di google, tapi resepi tu aku dah hilang..hehe, sebab tu la, bila ada je makanan yang aku masak sedap gila [ehem!], suami aku suruh save resepi..:)

Ok..di bawah adalah resepi ikan bakar yang aku guna cuma aku ada lah tambah sikit bahannya..hehe



Resepi Ikan Bakar :
Sumber Resepi : Airtangan Cik Siti

Untuk 3 ekor ikan kembung.

Bahan2 kisar/tumbuk:
10 biji cili kering (atau ikut citarasa)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit hidup [aku guna serbuk kunyit je..hehe]
++Aku tambah belacan bakar besar jari kelingking..
Garam & sedikit gula (optional)
Air asam jawa
1/2 sehelai daun kunyit - diracik halus [Aku tak letak sebab takde stok]
Minyak untuk me…