Posts

Bukit Broga bersama Anak-Anak

Image
Assalammualaikum, :)
Naik Bukit Broga dengan anak-anak kecil? Boleh ke naik? Tak bahaya ke? Jom baca dulu..^_^

Aku sebenarnya takut nak naik Bukit Broga ni pada awalnya. Yelah, anak aku tiga orang weh, yang paling kecik umur baru setahun lebih. Ayoyo..risau. Tapi suami aku kata, "Ok je lah sayang, insyaALLAH takde apa-apa masalah". Arghhh ayat penenang suami ku hanya mampu menenangkan aku seketika sahaja. Tetap hati ku gundah..haha..

Aku google, review blogger bawak anak pun ada, so, aku lega. Tapi masih tak semudah kau sangka aku nak betul-betul lega! haha.

Jam 5.15 pagi lebih kurang, kitorang gerak dari Cheras menghala ke Bukit Broga, Semenyih. Sampai-sampai je terus masuk waktu Subuh, Subuh dalam kereta je masa tu. Solat duduk, sebab kat luar basah. Tapi ade je aku tengok orang lain solat kat tanah tapi berlapik lah..haha.

Lepas ready semua, kitorang pun naik Bukit Broga. Masa ni Parking Kereta tak bayar lagi pasal takde guard, dah nak balik baru kitorang bayar. Korang …

Gold Coast Morib : Percutian Keluarga

Image
Assalammualaikum,

Nak share sikit pengalaman ke Gold Coast Morib, lately banyak review kan kat Facebook yang hotel ni best? Betul ke best? Jom baca..:)


19 September 2016
Kami gerak dari Cheras ke Banting. Aku dan suami naik motor, saja suka-suka nak merempit. ^_^  Anak-anak dengan MIL(Mother In Law) & FIL (Father In Law) naik kereta.

Sampai je kat sana, tengok view Hotel dari luar, serious aku punya impression macam erghhh..betulke ni Hotel Gold Coast yang ramai orang gembar gemburkan? Hmmm....Lepas tu, terus check in. Oh lupa, hotel booking di Agoda : Studio Suite : RM169 : Kami masuk 7 Dewasa, 2 Kanak-kanak & 1 Baby. Tak Crowded ke? Langsung tak. Takpe ke ramai-ramai masuk? Ntah, bantai je. :P


Dalam Studio Suite, Cantikkan? Selesa. So, kami planning, first day rehat2 dalam Hotel, rehat sebab kami sampai pun lambat. Jadi, kalau nak masuk Water Theme Park macam sekejap sangat nanti tak puas, haha.
So, petang tu Suami bawak anak-anak mandi dalam Jakuzi. Tu pun dah buat anak-anak…