Posts

Followers Blog Berkurang dari 1093 ke 1066

Image
Assalammualaikum..

Sedihnya!! Terasa Forever alone pulak nak berblogging..hahaha


Sebab semalam aku perasan followers blog berkurangan tapi sikit je kurang nye, tapi hari ni, dah melampau pulak sampai berpuluh-puluh hilang, takkan la blogger unfollow serentak blog aku ni..Pelik aih..


hm hm hm


Keluar Akaun 2 KWSP untuk BELI RUMAH

Image
Assalammualaikum..
Harap info ini membantu bagi korang yang nak memiliki rumah,  tapi duit deposit tak cukup. :)
Untuk korang yang mengalami masalah tak tahu nak beli rumah kat mana dengan bajet korang tu, boleh terus PM/WHATSAPP : 017-6119716 [Yan] @  Boleh follow ilmu hartanah di Fanpage ; Industri Hartanah

PANDUAN LENGKAP PENGELUARAN WANG KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH
=======================
Tujuan Pengeluaran
• Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.
• Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.
Pelupusan Pemilikan
bermaksud 'hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini' atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
KEL…

Malas Bertanya buruk akibatnya

Image
Viral kes ini di Facebook, si pemunya akaun dah deactived dah, aku pun tak nak lah mention nama dia kat sini.

Dan ada doktor yang bertauliah telah menjawab tohmahan yang dilemparkan, boleh refer posting tu kat sini >> JAWAPAN Sentap dari Doktor untuk Puan MXXXX BXXXXX

Komen aku : Bagi aku yang tak tahu medical term ke apa jahitan bagai memang aku akan melatah dengan isu ni sebab aku TAK TAHU. Dan di sebabkan aku tak tahu, aku mungkin akan viralkan gambar ni dan jugak sokong penyataan dalam gambar ni..hahaha

TAPI disebabkan aku bukan lah jenis orang yang suka nak terus tekan button SHARE, so, Alhamdulillah aku tak lah terjebak dalam penyebaran benda yang salah..hahaha

So, kesimpulan dia, silalah cari ilmu dulu dan jangan rajin sangat nak tekan button SHARE tu..s Jangan terus hentam keromo..naya oi


Jangan buang barangan Elektrik yang Rosak?Kenapa?

Image
Assalammualaikum? :)
Korang ada tak barangan elektrik yang rosak? Nak baiki tapi kos macam lebih kurang harga beli baru, Nak buang tapi rasa macam membazir la pulak kan..emm, pernah tak alami masalah ni? 
Kalau Ya, Nah, ni jalan penyelesaian untuk korang.
Korang boleh jualkan barangan elektrik korang yang tu kepada Syarikat T-Pot Group, aku jumpa website dorang tadi, bila godek2 tu, aku terjumpa tagline dorang  "Turn Your E-WASTE into CASH, Think recycle, think T-POT "  dan aku was like, eh cash eh duit..hahaha!
Barangan apa yang T-POT nak recycle dan beli?
Dorang ni beli barangan yang macam dalam gambar ni, tapi taklah barang-barang tu je, ada jugak barangan lain yang dorang akan beli, so, kalau nak make sure, kena la call dorang dulu eh. :)


Electronic Industrial scrap :
•  Scrap Semiconductors
•  Scrap Printed Circuit Boards
•  Other Electronic and Electrical Scrap Components / Parts

Eh, aku ada blender rosak, ada laptop rosak, ada printer rosak..em..extension cord pun ro…

Resepi Ikan Bakar

Image
Assalammualaikum..:)

Saja aku post entry ni supaya tak lupa ingatan.

Awal-awal lagi suami aku dah pesan suruh aku mark resepi ni sebab dia nak aku masak lagi ikan bakar guna resepi ni, [eleh..kitew masak sedap lettewww..].

Sebelum ni aku pernah buat nasi lemak dengan sambal yang super sedap hasil carian resepi di google, tapi resepi tu aku dah hilang..hehe, sebab tu la, bila ada je makanan yang aku masak sedap gila [ehem!], suami aku suruh save resepi..:)

Ok..di bawah adalah resepi ikan bakar yang aku guna cuma aku ada lah tambah sikit bahannya..hehe



Resepi Ikan Bakar :
Sumber Resepi : Airtangan Cik Siti

Untuk 3 ekor ikan kembung.

Bahan2 kisar/tumbuk:
10 biji cili kering (atau ikut citarasa)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit hidup [aku guna serbuk kunyit je..hehe]
++Aku tambah belacan bakar besar jari kelingking..
Garam & sedikit gula (optional)
Air asam jawa
1/2 sehelai daun kunyit - diracik halus [Aku tak letak sebab takde stok]
Minyak untuk me…

Shah Alam Royal Teater : JUARA PARODI

Image
Assalammualaikum..:)
Semalam ade tak sesiapa yang tengok JUARA PARODI di Shah Alam Royal Teater? Kalau ade, jom kita sep sikit! hehe..sebab semalam aku pun ada di sana bersama dengan mama, daddy dan adik2 aku.


Apa itu JUARA PARODI?
Dengan tagline : Tukar Satu ‘Line’,Lagu Jadi Lain.
Rancangan ni mengabungkan komedi dan nyanyian yang mana, lirik lagu di ubah menjadi lawak.

So, pendapat tentang JUARA PARODI?
Ehem! bagi aku ianya menarik sebab tak pernah lagi aku jumpa rancangan yang bertemakan macam ni. So, TERBAIK untuk Afdlin Shauki sebabmencetuskan idea JUARA PARODI. Tania tania..beribu-ribu tania...hee~

Antara artis yang join JUARA PARODI, mana feveret korang?
Kalau korang tanya aku, takde sorang pun yang aku minat..haha


Untuk episod pertama malam tadi, aku suka lagu yang diparodikan oleh Black & Achey a.k.a Black Dot Chey. Kipidap, dongibab! hehe

DIY : Imej Baru Perabot Lama

Image
==========================

 ==========================

  ==========================

 ==========================
==========================
==========================

 ==========================


Sumber : Home Deco - Design And Tips

Mudah : Cara membentuk roti

Image
GAMBAR SAHAJA
 =============================================   ============================================   ============================================   ============================================
  =============================================

Jari terkepit pintu kereta & Majlis Sanding B.Ngah_Isteri

Image
Assalammualaikum..:)
Eh, kau asal mana? Aku asal Sarawak. 
Asal kau tak macam orang Sarawak pun?
Abis tu, takkan aku nak bawak kek lapis atas kepala aku?
Ha..marah-marah..

Hahaha..kelakarkan video tu. Aku saja edit .:D

Berbalik kepada tajuk, jari aku terkepit pada pintu kereta ni pada tarikh 16.10.2015. Time tu aku outing ngan Family aku and member2 aku.

Nak di jadikan cerita, time jari aku terkepit tu, aku dah planning dah taknak bagitau suami aku sebab aku ingatkan sakitnya biasa2 je. Tapi few minutes lepas tu, jari aku mula berdenyut2 kuat,
" arrghhh tak tahan la..nak bagitau ke tak kat suami ni" , bisik aku di dalam hati..haha

Sakit gila! Nak tak nak, Hilanglah kemaskulinan aku, terus aku mengadu kat suami. Kawan2 aku suggest g klinik terus, kebetulan klinik dekat sangat tempat yang kitorang nak lepak masa tu, so, aku pun setuju lah.

Kau rasa kau nak tangguh ke tak g klinik kalau kau tengok tangan kau cenggini  ☟☟☟


Mesti tak kan, walaupun kau takut gila nak jumpa doktor sebab seria…

Dapat Jemputan ke Lazada Online Revolution Luncheon

Image
Semalam dapat email ni, tak tahu ada ke tak kesempatan nak join. Aku saja hide tu semua sebab aku tak pasti ni Private event ataupun tak..khusus untuk para affiliate lazada. :)







Pengalaman Pertama Bawak Anak-Anak Shopping Sendirian

Image
Assalammualaikum..:)

Hari ini, aku bosan gila dok rumah, kebetulan barang-barang dapur banyak dah habis, so aku decide nak keluar. Bagi orang mungkin senang je nak keluar, tapi bagi aku, sangat lah sukar.

Anak aku kecik-kecik, Sorang Umur 3 Tahun, Sorang 2 Tahun, Sorang 5 Bulan.
So, korang agak2 macam mana nak keluar? Macam mana nak drive? Kalau dorang menangis macam mana nak handle?

HAHAHA, Jangan tanya aku macamana, sebab aku pun tak tahu, hahaha. Kalau dorang buat perangai aku dah set kat otak awal2 dah, kalau dorang buat perangai aku akan cuba tangani sehabis baik, chewahhh..

Lepas mintak izin ngan suami, aku pun keluar, suami aku dah risau gila sebab dia tengah kerja so tak leh la nak follow sekali. Siap dia cakap nak balik rumah sebab nak teman keluar tapi aku ugut dia, aku cakap : Kalau awak balik, saya tak jadi keluar, hahaha 

CARA AKU HANDLE ANAK : Yang baby aku bawak menggunakan baby carrier, lagi 2 orang aku letak dalam troli.

Sangat mencabar, tapi aku sebab dah nekad, aku t…

Guru FB Marketing yg saya Rekemen pada anda. :)

Image
Assalammualaikum , :)
Kepada peniaga di luar sana yang baru nak berniaga @ nak menaikkan sales dengan teknik2 rahsia yang hanya otai2 je tau, aku dengan senang hati rekemen kat korang untuk belajar @ follow rapat2 dengan otai2 di bawah :

1. Sifu Wan Mus - Google
1. SifuFBads - Jamal
2. Firdaus Azizi
3. Faisal Abdullah 
4. Bukhari Ramli
5. Ainon Abs
6. Aqif Azizan
 dan banyak lagi, tak tersenarai, tapi yang ni antara yg top bagi aku.



oh, dengar khabar, sifu Firdaus Azizi ada buat panduan Cara Mulakan Bisnes Di Facebook & Cara Mudah Guna Power Editor, aku dah usha dah, bagi aku modul2 yang di sediakan tu cukup untuk newbie dan bagi yg nak naikkan sales. Cer korang check modul2 kat bawah :

Modul Cara Mulakan Bisnes di Facebook :
Cara Bina Page Yang Boleh Menghasilkan Jualan - Kena tahu nak letak nama page yg sesuai, branding tu penting kalau nak produk dikenali. :)Cara Kaji Fans Menggunakan Page Insight - Fans mesti yg berkualiti, sebab kalau likes banyak pun tapi fans bukan yg targeted x…

Stalk Aku ke?

Image
Assalammualaikum..:)
Chewahh..perasan pulak i, macam ade peminat dalam diam pulak..haha..
Actually, aku baru je check Rate Ads kat salah satu pusat untuk earning money dari blog,
korang yang jadi blogger ni mesti tau la kan... Tup tup bila check tengok ade orang search nama aku 'Yan Saflina'. 
Gerun jugak aih orang stalk kita, ntah apa-apa nak buat nya pun kita tak tau...

Hmm..motif apa ya nak stalk tentang aku? Apa-apa la janji kau bahagia..:D
P/S : Lusa dah nak Ramadhan, Selamat Berpuasa! :) Semoga ALLAH merahmati kita semua, insyaALLAH.




Bercuti di Kuantan & Pekan, Pahang. :)

Image
Assalammualaikum...:)
Korang cuti sekolah yang lepas pergi holiday ke mana?  Aku & family sekadar bercuti di Pahang itu pun sebab pak & mak mentua aku ajak join sekali, lagipun dah lama x menjenguk kampung halaman suami walaupun tak lah kampung sangat... sebab duk tengah bandar..hahaha..
First day kitorang sampai di Pekan, Pahang, kitorang menginap di Hotel AnCasa Pekan.  Actually first time aku tau ada hotel nama AnCasa..haha.. walhal hotel ni banyak branch di Negara kita. (̶◉͛‿◉̶)
Review Hotel AnCasa Pekan, Pahang. Sewaktu menjejakkan kaki di muka pintu Hotel, kami di sambut oleh abang penyambut tetamu dengan senyuman yang sangat manis, chewaahh...terasa macam VIP pulak. (❛‿❛✿̶̥̥)
Bilik yang kami pilih untuk bermalam di sana ialah : Deluxe Premier Twin
 Agak2 kalau review ni boleh tak next time dapat free bilik untuk semalam?  keh keh keh  
Bilik besar, Bathroom pun ye, kitorang 5 beranak masuk dalam bath tub semua, hameekkk..haha
Permata hati tengah relax..ye penat ye sw…

REVIEW : Buku Mudahnya Menjemput Rezeki

Image
Assalammualaikum, :)
Apa khabar?  Pernah tak dengar tentang buku Mudahnya Menjemput Rezeki karangan Ustaz Fathuri Salehuddin?

Sejak tahun 2014, aku menjadi pembaca setia kepada buku ini,walaupun berulang kali baca,  aku tak bosan. Banyak ilmu & pengajarannya.
Aku ingat lagi sebelum menjelma nya Ramadhan 2014, keadaan kewangan aku dan suami sangat2 teruk, sehingga aku dilema, kenapa sales jatuh, kenapa dah buat soft-selling, hard selling pun xde yang nak membeli & menggunakan servis @ produk yang aku tawarkan. Aku buntu..
Suami masih dengan kerjanya, pergi kerja jam 10 pagi, balik 10 malam.  Gaji? Cukup-cukup makan..saving? langsung xde.
Akhirnya aku mula mengoogle, "teknik tarik rezeki", "cara pikat hati customer" dan pelbagai lagi. Argghh..semua sama je! Aku buat ape pun tak jadi, sampai aku frust, dah la time tu aku pregnant, memang stress amat.
Kemudian, aku terjumpa buku ni di Facebook, ada hamba Allah share berkenaan buku ni, aku tertarik, sakan teru…

3 IDEA BISNES DARI RUMAH

Image
Assalammualaikum, :)
Oleh kerana keadaan ekonomi sekarang yang semakin merudum nampak gayanya,  aku dengan senang hati ingin berkongsi beberapa idea bisnes yg mungkin boleh  menjadi side income bagi korang..


1. Masak dari rumah, packing pastu buat delivery.

Jalan Cerita :  Semah terer masak Chicken Chop, Semah ambik gambar Chicken Chop lawa2 letak contact number sekali bagitau yang Semah ambik tempahan untuk Chicken Chop delivery di kawasan berdekatan.

Pemasaran : Promo di FB Profile, instagram, group whatsapp, FB Group kawasan perumahan.

2. Buat servis buang sampah- Khas untuk mereka yang duduk Apartment/Flat

Masalah :  Untuk penduduk Apartment/Flat mereka perlu membuang sampah di tempat yang di sediakan yang mana memerlukan mereka turun naik tangga/lif untuk buang sampah, dan ianya leceh! Bukan macam rumah teres/banglo..g je depan rumah terus boleh buang. 

Pemasaran: Offer servis buang sampah, contoh nya aku pernah kongsikan di artikel ini : SIDE INCOME : Bagi anda yg duduk FLAT/APA…

Menulis dari hati

Image
Assalammualaikum..☺
Menjadi tabiat aku untuk singgah ke page Mudahnya Menjemput Rezeki setiap hari, baru-baru ini, ustaz Fathuri banyak kongsikan hal-hal menulis, menjadi penulis dan sebagainya.
Bagaimana mahu orang membaca tulisan kita secara berterusan? Caranya dengan menulis sesuatu yang lahir dari hati.
Bahkan aku, bagaimana nak menulis dari hati... Seharian aku ambik masa fikir untuk menulis apa pada entri kali ini..huhu
Kebiasaannya kawan-kawan menulis entri tu mendapat ilham dari mana ya? Kongsikan boleh? 
Salam jumaat. ❤❤❤

Rumput ini yg kita anggap liar sebenarnya HERBA!

Image
Assalammualaikum..:)
Baru je dapat info, satu jenis rumput yang giat membiak di halaman rumah adalah herba,  sangat terkejut dan terus rasa nak share dengan korang.  Boleh la lepas ni cuba2 makan..tapi pastikan rumput yg betul ya, kalau salah nanti jadi racun pulak..huhu
Infor ni aku dapat dari Kelab Mari Makan Ulam di FB GROUP. > Kelab Mari Makan Ulam



Info dari : Sara Saad

Terkejutkan?
Ara songsang atau rumput israel atau Chinese Violets atau nama saintifiknya adalah nama Justicia Gangetica yang Acanthaceae .

Banyak tumbuh-tumbuhan ini di keliling rumah terutamanya di dalam pasu2 pokok bunga saya . Tumbuhan ini tumbuh meliar dan saya selalu cabut utk membuangnya . Tumbuhan ini sangat invasive.

Terima kasih kepada kawan saya dari Thailand Krit Jug, melalui Krit Jug saya mendapat tahu pokok ini adalah sejenis herba dan boleh dimakan/dibuat sayur. Sayur ini boleh di goreng dengan udang atau bebola ikan dan sayur ini sangat lazat mengikut Krit Jug .

Manfaat herba ini : untu…

Beriklan di Google

Image
Assalammualaikum..:)
Khusus untuk para peniaga, Pernah tak nampak iklan di Google?  Kalau ya, apa kata korang try beriklan di sana, InsyaALLAH hasilnya memberangsangkan tanpa perlukan kos yang tinggi kalau kena caranya.

Hasil apabila beriklan di Google :


Kenapa beriklan di Google? Cuba anda ambik masa sekejap, biasanya jika anda mencari barang yang hendak dibeli.  Di mana anda cari info? Google bukan? 
Nah, itu baru anda sendiri, kalau dilihat dari segi undian pula ternyata tiada enjin carian dapat mencabar Google.  Sehingga Oktober 2014, Google memegang pasaran enjin carian sehingga 89% untuk seluruh dunia! So, di situ peluang cerah untuk bisnes anda maju dan lebih dikenali! 

Ingin ketahui lebih lanjut mengenai Google Adwords? JOM Belajar dari Sifu Adwords..2 hari penuh kami akan ajar: Rahsia setup ads terbaikTips ranking TINGGI, tapi kos RENDAHTendang pesaing ke tepi, anda kat atasCantikkan ADS untuk naikkan clickNaikkan CTR tanpa perlu susah payahPolisi Adwords ni mudah jika anda b…